Saturday, October 8, 2011

MENGENALI ILMU FARAID


Mari belajar Ilmu Faraid 

( Pengenalan kepada ilmu Faraid )


Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan, menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.


Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri suami, ibu, bapa dan lain-lain. Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (zakat, nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:


1. Tanah, Bangunan ( Rumah, Kilang, Gudang dll)


2. Barang Kemas (Emas, Perak dll)


3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak)


4. Tanah, Kebun, Ladang dll 


5. Barang kemas (emas, perak dll)


6. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak


7. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll


( Hukum Berkenaan Faraid )


Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan. dan FARDU KIFAYAH kepada umat Islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya,


Apa Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid ? 

Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya 


1. Memakan Harta Anak Yatim.


2. Memakan Harta saudara-Mara.


3. Memakan Harta Baitulmal.




( Dalil Pensyariatan dan Tuntutan Belajar Ilmu Faraid )


Sabda Rasullulah SAW:


"Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku."


( Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.)




Sabda Rasullulah SAW:


Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka. 


( Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.)




Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Surah An-Nisa :11.)



( CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA )


Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.


1. Ashabul-Furud :-


Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.


2. Asabah :-


Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu :




(a) Asabah


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.


(b) Asabah Bil Ghoir 


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.


(c) Asabah Maal Ghoir 


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).




3. Dhawil-Arham :-


Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. 


Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu : 


Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.


(a) Hijab Nuqshon 


Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.




(b) Hijab Hirman 


Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

HUKUM NYANYIAN DALAM ISLAM




Lagu Dan Hiburan Dalam Sejarah Umat Islam 

Pada zahirnya, penyanyi lelaki dalam erti kata penyanyi yang mahir dengan selok belok dan kaedah nyanyian yang sedia dimaklumi tidak pernah wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Golongan yang ada hanyalah beberapa orang lelaki yang mempunyai suara yang baik, nadanya menarik dan memberi kesan. Mereka menyanyikan lagu huda’ untuk menaikkan semangat unta agar bergerak lebih pantas dan cergas. 

Semenjak zaman jahiliah lagi, masyarakat Arab menganggap bahawa nyanyian adalah tidak munasabah dengan sifat kelakian lelaki. Apatah lagi untuk menjadikannya sebagai satu tugas atau kerjaya. Malah ia juga tidak layak dilakukan oleh perempuan yang merdeka. Oleh kerana itu mereka mengkhususkan tugas ini kepasa golongan al-qainah atau al-qiyan iaitu hamba-hamba yang mempunyai bakat menyanyi. 

Berkenaan penyanyi perempuan ( al-muqhanniyah ) pula, beberapa hadis telah menceritakan bahawa di Kota Madinah pernah terdapat penyanyi wanita. Namun begitu mereka tidaklah ramai. Semenjak zaman jahiliah lagi, Madinah memang terkenal dengan kesenian ini. Penduduk Madinah lebih gemar kepada lagu dan nyanyian berbanding penduduk Kota Mekah.

Ini dapat difahami daripada sabda Nabi S.A.W yang berbunyi : 

“ Sesungguhnya kaum ansar ( penduduk Madinah ) amat gemar kepada hiburan” 


Antara hadis yang menyebut dengan jelas berkenaan hal ini ialah : 

I. Hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasaie yang bermaksud : 

Pada suatu hari, Baginda bertanya kepada Aisyah : Wahai Aisyah, adakah kamu kenal siapa ini? Aisyah menjawab : Tidak. Baginda memberitahunya : Inilah qainah kabilah fulan. Adakah kamu suka jika dia mendendangkan lagu untukmu? Lalu qainah itupun menyanyi untuk Aisyah. 

II. Penyanyi wanita bernama Arnab. Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut latar belakangnya dalam kitab al-Isobah Fi Tamyiiz as-Sohabah berkata : Arnab adalah penyanyi ( dari kalangan jariah ) di Madinah. Kami telah meriwayatkan dalam juzuk ketiga daripada kitab Amali al-Muhaamili, iaitu riwayat daripada kalangan perawi Asfahan melalui sanad Ibnu Juraij : Abu Al-Usbu’ memberitahuku : Jamilah, seorang penyanyi telah memberitahunya bahawa dia pernah bertanya kepada Jabir Bin Abdullah r.a berkenaan nyanyian. Lalu Jabir berkata seorang lelaki Ansar telah berkahwin dengan salah seorang kaum kerabat Aishah r.a. Kemudian Aishah telah menghantarnya ke Quba’ ( ke rumah suaminya ). Rasulullah bertanya : 

Adakah kamu telah menghantar pengantin perempuan ? 

Aistyah menjawab : Ya Lalu Rasulullah berkata : Adakah kamu sudah mengutuskan bersamanya bersama dengan nyanyian , kerana masyarakat Ansar amat sukakannnya ? Aisyah menjawab : Tidak .LaluBaginda berkata : Jadi hantar segera arnab supaya sempat dengan pengantin.

Fiqh Al-Imam Al-Ghazali Terhadap Nyanyian 

Saya yakin bahawa sesungguhnya pendapat Imam Al-Ghazali tentang masalah lagu-lagu dan bantahannya yang mendalam terhadap beberapa alasan orang-orang yang mengatakan haramnya mendengar lagu. Dia memberikan jawapan secara menyeluruh di samping dukungannya terhadap dalil-dalil orang yang memperbolehkannya serta beliau sebutkan tentang beberapa faktor yang dapat mengalihkan dari mendengar yang diperbolehkan menjadi yang diharamkan. Itu semua termasuk sikap yang paling adil yang menggambarkan keadilan, keseimbangan dan toleransi syariat sehingga revelan untuk setiap tempat dan masa. 

Pada dasarnya fiqh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin secara umum adala fiqh yang telah bebas dari semua ikatan mazhab. Dia tidak lagi terikat dengan mazhab Syafi’i melainkan beliau adalah seorang mujtahid bebas yang memandang syariat dari sudut pandangan yang luas. Hal ini nampak jelas di berbagai tempat dan untuk mengetahuinya memerlukan kajian khusus yang dapat dijadikan thesis. 





Beberapa Faktor Yang Mengubah Hukum Mendengar Nyanyian Dari Mubah Menjadi Haram :

Imam Al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang mengubah hukum mendengar nyanyian dari mubah menjadi haram. Yakni meliputi lima penyebab seperti berikut :

Faktor Yang Ada Pada Penyanyi. 

Iaitu seorang wanita yang tidak alal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya. Sehingga haramnya di sini dikeranakan. takut fitnah, bukan lagunya itu sendiri. Disini sini Imam Al-Ghazali lebih menitikberatkan pengharaman atas dasar takut terhadap fitnah. Ini dikuatkan dengan hadith mengenai dua orang hamba perempuan yang menyanyi di rumah Siti ’Aishah. Sebagaimana diketahui bahawa pada saat. Itu Nabi Shallallahu ’alaihi wasallam turut mendengar suaranya dan tidak menjauhkan diri kerana tidak dibimbangi akan menimbulkan fitnah baginya. Peristiwa itu menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan yang masih muda dan yang sudah tua. Maka persoalan menjadi berbeza kerana perbezaan keadaan. Kami berpendapat : ” Orang tua boleh mencium isterinya ketika sedang berpuasa, sedangkan orang muda tidak ”. 

Faktor Yang Ada Pada Alat Muzik. 

Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai wanita, seperti seruling, sejenis gitar dan gendang. Ketiga-tiga jenis alat muzik ini dilarang. Adapun selain itu hukumnya mubah sebagai alasnya, seperti rebana meskipun ada locengnya, gong, memukul dengan tongkat dan alat muzik lainnya.

Faktor Yang Ada Pada Isi Lagu 

Iaitu syair-syairnya .Apabila di dalamnya mengandungi kata-kata mencaci dan kata-kata kotor, atau perkataan dusta terhadap Allah dan Rasulnya atau tehadap sahabat seperti yang dilakukan oleh orang-orang syiah yang mencaci maki para sahabat. Maka mendengarkannya menjadi haram, baik dengan irama atau tidak, kerana pendengar itu ikut bserta sperti yang dilagukan. Demikian juga lagu-lagu yang menyebutkan ciri-ciri wanita dihadapan lelaki, adapun menyebutkan ciri-ciri secara umum maka yang sahih tidak diharamkan, baik dengan irama atau tidak.Dan bagi pendengar tidak boleh mempertunjukkan kepada wanita tertentu, apabila hendak dipertunjukkan maka hendaklah dipertunjukkan kepada wanita yang halal baginya. Jika ditunjukkan kepada wanita lain , maka dia telah bermaksiat pada Allah.Dan jika memang dengan demikian dia harus menjauhi dari mendengar lagu tersebut. 

Faktor Yang Ada Pada Pendengar 

jika orang yang mendengar nyanyian diliputi oleh nafsu syahwat yang biasanya terjadi pada usia awal remaja kerana hawa nafsunya lebih dominan daripada sifat-sifat lainnya, maka mendengar nyanyian haram hukumnya baik dalam hatinya ada rasa cinta kepada orang tertentu atau tidak. Bagaimanapun mendengar nyanyian yang menggambarkan keadaan pelipis, pipi, menjalin hubungan cinta, putus cinta dan lain-lain hanya akan menimbulkan ghairah hawa nafsu, membuatkan dia membayangkan bentuk wanita tertentu, kerana syaitan mneghembuskan hawa nafsu ke dalam kalbunya sehingga apiu syahwat menyala dan berkembanglah segala bentuk maksiat.Rumusnya mendengar nyanyian dan lagu sehingga mengingati wanita yang bukan mahramnya adalah haram hukumnya dan ianya sekeji-keji perbuatan bagaikan zina.

Faktor keawamam 

Jika pendengar dari golongan awam dan tidak diliputi rasa cinta pada Allah maka mendengar nyanyian yang disukai baginya adalah sia-sia.Dan jika diliputi hawa nafsu maka haram hukumnya. Jika dia membiasakan dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk mendengar lagu-lagu maka dia adalah orang yang bodoh dan ia tidak layak menjadi saksi. Kerana terus-menerus melakukan perbuatan sia-sia, dosa yang kecil akan bertukar mnejadi dosa yang besar maka ia sangat dibenci.Alat muzik seperti gitar dan seruling diharamkan seiring dengan pengharaman arak dan khomar maka ia adalah seumpama dosa peminum arak yang membawa kepada zina.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SISTEM FARAID ILMU YANG DILUPAKAN..





Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. Bagi yang beragama Islam, apabila berlaku kematian, tiga perkara yang perlu diselesaikan segera oleh waris adalah menunaikan amanah atau wasiat, menyelesaikan hutang piutang dan menuntut serta membahagikan harta si mati yang ditinggalkan.

Oleh sebab itulah, amat penting sekali umat Islam mempelajari Ilmu Faraid ini. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini.

Baginda bersabda:

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.  
(Hadith riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a.)


"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku. 
(Hadith riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Ilmu Faraid merupakan satu ilmu yang telah dilupakan oleh masyarakat Islam kita pada hari ini. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah kita tahu ataupun mahir dengan Ilmu Faraid?

Jika diteliti masih ramai waris yang beragama Islam tidak begitu memahami jumlah dan batasan hak untuk mewarisi harta mengikut syarak / pembahagian faraid. Pada hal, cara pembahagian harta pusaka bagi yang beragama Islam sememangnya sudah difirmankan oleh Allah dalam surah An-Nisa ayat 10-14.

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui dan melihat kepada realiti pengamalan hidup masyarakat sekarang , rata-rata kebanyakan mereka memang tidak mengetahui akan ilmu ini. Ada yang tak tahu langsung, ada yang tahu sedikit sahaja, ada juga yang pernah belajar tapi dah lupa. Dan kebanyakan mereka kata tak perlu ambil tahu sangat, bila perlu nanti boleh tanya saja para ustaz dan tok-tok imam.

Tapi sedarikah anda bahawa ramai juga ustaz-ustaz dan tuan-tuan imam yang tak tahu bab ilmu faraid ini. Bila ditanyakan kepada mereka, biasalah jawapan standard mereka: "Dulu ada belajar, tapi dah lupa." Kalau tak percaya, cuba hari ini anda pergi ke masjid atau ke pejabat agama, rasanya tak ramai yang dapat memberikan jawapannya secara jelas dan terperinci. Kalau tahu pun, seorang dua saja kat situ.

Disini bukanlah saya ingin memperkecilkan mereka. Ini satu realiti @ kenyataan dan meyakinkan kita bahawa hadith Rasulullah s.a.w. itu memang benar dan sudah menjadi suatu kenyataan! Faktanya : Ilmu Faraid dah dilupakan.
Mungkin ada yang bertanya: Apa kesan dan akibatnya jika umat Islam tidak memahami atau mendalami Ilmu Faraid ini ?

Lihat apa yang berlaku dalam realiti pengurusan harta pusaka umat Islam di negara kita pada masa kini yang telah menimbulkan begitu banyak masalah. 
Sedarikah Anda? Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah RM40 BILION yang mana 90% daripadanya merupakan harta orang Islam. 

Antara sebab mengapa permasalahan ini berlaku adalah kurangnya tunjuk ajar, kefahaman, pendedahan mahupun pengetahuan kepada masyarakat Islam di negara ini mengenai hukum syarak yang berkaitan dengan pembahagian harta melalui sistem Faraid, sehinggakan ada kalangan waris yang mempersoalkan perkara yang terlalu asas mengenai faraid. 

Persoalan mereka kenapa perlu mengikut faraid, kenapa pemberian dua bahagian kepada anak lelaki, satu bahagian kepada anak perempuan, hak suami, hak isteri lain yang bercerai mati, hak ibu bapa mertua, baitulmal, saudara lelaki dan saudara perempuan.

Ada pula yang sanggup menidakkan hak orang lain yang sepatutnya berhak mewarisi harta si mati semata-mata mengikut hawa nafsu duniawi, maklumlah tidak mengetahui ilmu berkenaan. Yang paling menyedihkan, oleh kerana tidak berpuas hati dengan bahagian yang diwarisi berdasarkan penentuan mengikut pembahagian faraid ada waris yang sanggup menuduh cara pembahagian itu tidak pernah ada dalam ajaran Islam.

Bahkan ada waris yang bertelingkah pendapat dengan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka si mati kerana kadangkala diberikan penjelasan yang tidak tepat atau kurang jelas oleh golongan agamawan seperti imam, penghulu, ketua kampung atau masyarakat sekeliling.




















KESIMPULANNYA :

Saya mencadangkan supaya tokoh agama dan penceramah agama yang diundang untuk memberikan ceramah di masjid, surau atau di majlis yang bersesuaian supaya tidak melupakan topik pembahagian harta mengikut faraid di dalam siri ceramah mereka kepada semua umat Islam tanpa mengira peringkat umur, jantina, pangkat dan kedudukan sama ada di bandar atau di luar bandar. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri diharapkan agar menjadikan topik pembahagian harta pusaka mengikut faraid sebagai satu isi teks kutbah Jumaat di masjid negara ini. Amat membanggakan sekiranya ilmu faraid dapat dijadikan satu subjek dalam sukatan pelajaran Pengetahuan Agama Islam di peringkat sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi. Ini kerana topik itu kurang diberikan perhatian dan semakin dilupakan berbanding isu nikah kahwin, ekonomi umat Islam, perpecahan ummah, ibadah, Rukun Islam dan Rukun Iman yang sering kali disampaikan oleh tokoh dan penceramah agama. 

Ini penting supaya setiap orang tahu pecahan bahagian ataupun had dan batasan yang sebenarnya boleh dituntut dari segi syarak dalam mewarisi harta pusaka tanpa mengenepikan hak orang lain. Jika semua masyarakat Islam walau pun hanya mengetahui pada peringkat asas saja mengenai pembahagian faraid harta pusaka, ini akan memudah serta melancarkan urusan perbicaraan dan pengeluaran perintah pembahagian harta pusaka si mati. 


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL........

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Siapakah Awliya Ar-Rahman


Siapakah Awliya Ar-Rahman

Mohamad Aliff bin Omar

MENGENALI SIAPAKAH DIRIKU  : 

Saya seorang insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan dan sentiasa mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain. Disini Saya ingin berkongsi sedikit maklumat diri saya kepada yang sudi membacanya. Saya telah dilahirkan di Batu berendam, Melaka.  Saya merupakan putera kedua kepada pasangan Ayahanda Omar bin Atan dan Bonda  Ashima binti Sabudin. Mempunyai salasilah Melayu, Cina dari sebelah ibu saya, dan dari sebelah ayah, mempunyai salasilah Melayu, Jawa dan Bugis. Saya telah mendapat pendidikan awal  diSekolah Rendah (F) Kemasul, Triang, Pahang kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Pelangai, Bentong, Pahang sehingga tingkatan 3, selepas itu saya telah menyambung pelajaran di SMA Maran, Pahang ketika tingkatan 4-5. Selepas SPM saya telah melanjutkan pengajian di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah  ( KIPSAS ) pada tahun 2009  sehingga sekarang. Saya telah mengikuti Pengkhususan Diploma Syariah dan Undang-Undang dan akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan. Jika dipermudahkan rezeki saya berkeinginan untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-undang Syariah di Universiti tempatan ataupun luar negera. 

                                  SEKILAS TENTANG SAYA



Saya suka menulis, dan juga suka membaca apa yg tertulis. Saya suka bersahabat dan membina persahabatan baru. Bagi sesiapa yang baru mengenali saya mungkin mereka beranggapan saya jenis orang yg Serius dan different di kalangan sahabat-sahabat saya. Siapa yg kenal saya tahu la saya siapa...susah senyum, kurang cakap, tetapi actually saya seorang yang periang dan sangat peramah..huhu... ada sebab kenapa saya buat semua itu.. x kisah la bagaimana kita dilihat oleh sesama manusia... bagi saya, yang paling penting adalah bagaimana Allah memandang ke arah kita. Kepada yang membaca coretan saya, selamat datang dan terima kasih di ucapkan..semoga kita dapat membina ukhwah sesama kita,dan semoga coretan saya mampu membawa kebaikan pada kita semua, insyaAllah..

AKU DAN SAHABAT SEPERJUANGANKU  :

FRIEND 4 EVER 

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda:

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah . (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي e قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا                           


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang Manusia yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” 
(HR. Bukhari Muslim)

Dari sudut pandangan pribadi Aliff : 

Jika Manisnya tebu Itu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya begitu jugalah seperti dalam hadis diatas menyatakan Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri di dalam hadis pertama tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah , akan terasalah manisnya iman. Itulah Hakikat sebenar kita bersahabat, bukan  hanya sekadar kepentingan tetapi semata-mata perjuangan menuju kebaikan dan Keredaan Allah kerana  Indahnya kemanisan iman dalam persahabatan hanya pemiliknya yang faham.

Dalam hadis kedua adalah tentang tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari kiamat  menyatakan bagi dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, ia juga boleh dijadikan satu lonjakkan bagi dua orang sahabat yang tulus ikhlas bersahabat bersama-sama dengan matlamat mendapatkan reda Allah dalam setiap perjuangan mereka menyebarkan syiar-syiar Islam dan mengembangkan dakwah agama Agung yang diredaI Allah S.W.T.

Oleh itu mulailah satu anjakan baru bagi setiap individu Islam agar bersahabat mengikut setiap cara yang dihalalkan agama dan mencontohi akrab hubungan nabi Muhammad SAW bersama sahabatnya supaya setiap detik perjalanan kita berada pada dasar agama Islam yang suci ini. Carilah sahabat yang ramai dimuka bumi ini dan semaikanlah ia dengan rasa penghargaan  serta kasih sayang tetapi jauhilah sahabat yang membawa kerosakkan dan kehancuran bagimu kerena ia hanya suatu hubungan yang sia-sia.


Itulah serba sedikit maklumat tentang diri saya yang dapat saya kongsikan buat rakan-rakan yang sudi mengenali saya. kalau diikutkan banyak lagi yang ingin diceritakan tentang diri ini tapi cukuplah sekadar ini ... sekian 


Salam Ukhwah Fillah....

Renung-renungkan dan selamat beramal .....................

 SEKILAS BERSAMA SAHABAT DALAM KENANGAN 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...